Tuesday, August 12, 2008

Sharing something....

From: State Mufti's Office, Prime Minister's Office, Negara Brunei Darussalam

ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK
WANGIDAN MINYAK RAMBUT YANG
MENGANDUNGI ALCOHOL
(BILANGAN 262)

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya
ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima
sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih,
pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan
bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang
seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan,
pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan
sembahyangnya tidak sah.
Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan
sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu
najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut
mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak
wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa
sembahyang?
Pengertian alkohol
Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap
menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua
cara.
i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of
carbohydrates)
ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan
daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang)
dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New
Webster’s Encyclopedic Dictionary Of The English Language:
17)
Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana
menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.
Kenajisan arak
Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-
Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik,
Imam asy-Syafi‘i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama
rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya
arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang
anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.”
(Surah al-Mâ’idah: 90)
Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka
alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari
itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak
adalah najis juga hukumnya.
Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik
tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa
alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil
daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun
menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram
dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan. Akan tetapi, jika
tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh
memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram.
Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari
campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan
seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu,
morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada
seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis
‘ainiyyah.
Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu
najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:
ُ كلُّ مُسْكٍِر مَائِ ٍ ع
Ertinya: “Setiap yang memabukkan lagi cair”.
Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata
Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:
( ُ كلُّ مُسْكٍِر) َأيْ صَالِ ٍ ح لِلإِسْكَا ِ ر َفدَخََلتْ الَْقطْرَةُ مِنَ الْمُسْكِِر وَأُِ ريْدَ ِبهِ هُنَا
مُطَْلقُ اْلمُغَطِّى لِلْعَقْ ِ ل.
Ertinya: “(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang
boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik
yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang
memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau
menghilangkan upaya akal.”
Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:
(مَائِ ٍ ع) َ كخَمٍْر ِبسَائِِر َأنْوَاعِهَا وَهِيَ الْمُتَّخَ َ ذةُ مِنَ اْلعِنَ ِ ب، وَنَِبيْذٍ وَهُوَ اَلمُتَّخَذُ
مِنْ َ غيِْرهِ.
Ertinya: “(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang
diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain
daripada anggur.”
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.
Hukum alkohol daripada arak
Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya
adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun
menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang
mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram
juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang
syar‘i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar
rahimahullah:
يَحْرُمُ َالتَّضَمُّخُ ِبهَا خَا ِ رجَهَا فِي الْبَدَنِ والثَّوْ ِ ب ِب َ لا حَاجَةٍ.
Ertinya: “Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang
pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang
syar‘i).”
Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai
minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol
yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.
Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan
kimia
Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah
haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti
mana racun.
Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang
mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan
dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana
ia bukan najis.
Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak
wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia
kerana ia bukan najis.
Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan
Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan
bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi
atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci
atau najis?
Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam,
perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin ‘Ali
radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal
daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:
دَعْ مَا يَِريبُكَ ِإَلى مَا َ لا يَرِيبُكَ.
(رواه الترمذي والنسائي وأحمد والدارمي)
Maksudnya: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa
yang tidak meragukanmu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ahmad dan ad-Darimi)
Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan
perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara
adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara
agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang
masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan
perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin
Basyir radhiallahu ‘anhu:
َفمَنْ اتََّقى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرََأ لِدِيِنهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وََقعَ فِي الشُّبُهَاتِ وََقعَ فِي
الْحَرَاِم.
(رواه ومسلم)
Maksudnya: “Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara
yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan
kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di
dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke
dalam perkara haram.”
(Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut
yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah
haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang.
Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi
alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran
bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah
dibawa sembahyang.
Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan
alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut,
sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang
suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut
ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran
banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama
sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita.

No comments: